
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Abu Samah Bachik, Naib Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Gombak. Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan Pesuruhjaya Daerah, beliau telah mencadangkan Tapak Perkhemahan P2 ini dijadikan pusat aktiviti untuk pengakap muda dan pengakap remaja PPM Daerah Gombak pada masa akan datang. Menurut beliau lagi kawasan ini yang mempunyai ciri-ciri semulajadi memang sesuai dengan keperluan program muda-remaja.