Pentadbiran PPM Daerah Gombak
Wednesday, April 30, 2008
Kursus Kepimpinan Manikayu Modul A dan Kursus Ketua Patrol
Kursus Kepimpinan Manikayu Modul A akan diadakan pada 10hb Mei bertempat di SMK Hillcrest. Kursus ini merupakan sambungan kepada Kursus Induksi yang telah diadakan sebelum ini.
Kursus Ketua Patrol untuk Pengakap Muda dan Pengakap Remaja akan diadakan pada 10 - 11 Mei ini, juga bertempat di SMK Hillcrest.
Kursus Ketua Patrol untuk Pengakap Muda dan Pengakap Remaja akan diadakan pada 10 - 11 Mei ini, juga bertempat di SMK Hillcrest.
Pertandingan Kawat kaki Pengakap Daerah Gombak Tahun 2008
Tanggal 19hb April yang lepas, PPM Gombak telah mengadakan Pertandingan Kawat Kaki untuk sekolah rendah dan menengah bertempat di SMK Hillcrest. Sebanyak 28 pasukan telah mengambil bahagian. Bagi sekolah menengah; Johan kategori lelaki (elit) disandang oleh SMK Hillcrest, manakala Johan kategori perempuan pula disandang oleh SMK Gombak Setia. Bagi sekolah rendah pula, Johan untuk kedua-dua kategori dibolot oleh SK Bandar Tasik Puteri. Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Pasukan yang menang akan mewakili Pengakap Daerah ke Pertandingan Kawat Kaki antara unit beruniform anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Majlis penutuoan pertandingan kawat kaki ini telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak. Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, En. Ibrahim mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengetua SMK Hillcrest dan semua ahli jawatankuasa yang telah menjayakan pertandingan ini.
Friday, April 4, 2008
Tahniah Kepada KPPN Yang Baru
Sekalung ucapan tahniah buat YBhg Dato' Haji Kaharudin Momin atas pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang baru bagi menggantikan YBhg Kol. Prof Datuk Dr. Haji Kamaruddin Haji Khacar berkuatkuasa pada 30hb Mac 2008.
Kami warga PPM Gombak mengharapkan YBhg Dato' dapat meneruskan perjuangan ke arah kemajuan dan kemantapan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Kami juga amat berbangga atas pelantikan YBhg Dato' yang merupakan mantan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Gombak.
Subscribe to:
Posts (Atom)