PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Sunday, March 23, 2008

Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda


Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda telah diadakan pada 21 - 23 Mac 2008 bertempat di Tapak Perkhemahan P2, Ulu Yam. Seramai 144 orang ahli Pengakap Muda telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap kemajuan lencana iatu Usaha, Maju dan Jaya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Abu Samah Bachik, Naib Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Gombak. Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan Pesuruhjaya Daerah, beliau telah mencadangkan Tapak Perkhemahan P2 ini dijadikan pusat aktiviti untuk pengakap muda dan pengakap remaja PPM Daerah Gombak pada masa akan datang. Menurut beliau lagi kawasan ini yang mempunyai ciri-ciri semulajadi memang sesuai dengan keperluan program muda-remaja.

Tuesday, March 18, 2008

Mesyuarat Agung PPM Daerah Gombak

Dimaklumkan bahawa PPM Daerah Gombak akan mengadakan mesyuarat agungnya bagi sesi 2008/2010 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 27hb Mac 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Teratak Singgah, Kompleks Sukan Sri Siantan
Jalan Sungai Tua, Batu Caves.

Wednesday, March 5, 2008

Kursus Kepimpinan Manikayu Induksi

Bagi memenuhi keperluan latihan untuk pemimpin pengakap bagi setiap unit, Kursus Kepimpinan Manikayu Induksi di bawah sistem modular telah diadakan pada 28hb. Februari bertempat di SMK Hillcrest, Taman Seri Gombak, Batu Caves.
Sambungan kepada siri latihan kepimpinan ini iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Modul A akan diadakan pada bulan Mac 2008.
Tahniah dan Syabas kepada semua pemimpin dan ahli kelana yang telah menyempurnakan kuresus tersebut.

Kursus Ketua 6 Sekawan


Seramai 212 orang pengakap kanak-kanak daripada 45 buah sekolah rendah di daerah Gombak telah mengikuti Kursus Ketua 6 Sekawan yang telah diadakan pada 26 - 27hb Februari 2008 di Kem Perah, FRIM Kepong.
Kursus ini diadakan pada setiap tahun bagi melatih ketua-ketua 6 sekawan ke arah melahirkan lebih ramai ahli pengakap kanak-kanak yang berpengetahuan dan mahir dalam aktiviti berpengakap. Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Alwan bin Ginen, Pengerusi Pengakap Sekolah Rendah PPD Gombak, merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor yang juga merupakan Guru Besar SK Hulu kelang.