PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Tuesday, July 29, 2008

Apolet Pengerusi Jawatan Kuasa Kumpulan


Setiap Kumpulan Pengakap di sekolah mesti menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Kumpulan, yang terdiri daripada Pengerusi ( biasanya Guru Penolong Kanan Kokurikulum ), Setiausaha Kehormat Kumpulan, Bendahari Kehormat Kumpulan dan ahli Jawatankuasa.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan, Guru penolong Kanan Kokurikulum boleh memakai uniform dengan Epolot Hijau.

Apolet Pengetua/ Guru Besar


Pengetua dan Guru Besar boleh memakai uniform Pengakap dengan memakai apolet berwarna hijau. Kedudukan Pengetua dan Guru Besar adalah sebagai Kuasa Penganjur Kumpulan.

Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:-
1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories) [ seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu.
3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap
4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu.
Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli.
5. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di saekolahnya.

Tuesday, July 22, 2008

Ucapan Terima Kasih 2

Majlis Pengakap Daerah Gombak
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak


dengan ini merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak
Majlis Pengakap Negeri Selangor
Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hulu Selangor
Pihak pengurusan Kem Lembah Genting
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pejabat Pelajaran Daerah Sepang
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
SK Putrajaya Presint 9 (1 )
SK Putrajaya Presint 11 (1 )
SK Kota Warisan
SJK(C) Jinjang Utara
SK Seri Keledang
SK Bandar Baru Batang Kali
SK Serendah
SK Taman Bunga Raya (1)
SK Sungai Buaya

Ucapan Terima Kasih 1

Majlis Pengakap Daerah Gombak
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak


dengan ini merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada

Semua Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Semua Petugas dan Pembantu ( Helpers )

Semua Ahli Pasukan Kelana Gombak yang terlibat

Semua Kuasa Penganjur yang terlibat

Semua Pemimpin yang terlibat


Perkhemahan Pengakap Wanita ke-2 Negeri Selangor

Majlis Penutup Perkhemahan Pengakap Wanita ke-2

Pada 28hb Julai 2008 ( Isnin )
Jam 10.00 pagi
di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum JPNS, Sungai Tekali Hulu Langat

Majlis disempurnakan oleh

YBhg. Dato' Seri Dr Haji Shafei bin Hj Mohd Salleh
Ketua Pengakap Negara

* Tarikh Perkhemahan : 25 - 28 Julai 2008

Monday, July 21, 2008

Penyertaan KOROBORI 2008

Berikut senarai peserta ( tidak termasuk pemimpin ) yang menyertai Korobori.

Sekolah dalam PPM Gombak ( 363 orang peserta )
1. SK Taman Melawati - 49 ( penyertaan terbanyak - tahniah )
2. SK Kuang - 42
3. SK Seri Kundang - 31
4. Sek. Taman Ilmu dan Budi - 31
5. SK Taman Samudra - 20
6. SJK(T) Kuang - 19
7. SK Sungai Buloh - 18
8. SK Gombak Setia - 16
9. SK Desa Amanpuri - 16
10. Sek. Ren. Islam Al-Huda - 14
11. SJK(C) Kheow Bin - 14
12. SK Hulu Kelang - 10
13. SK Gombak Utara - 10
14. SK Taman Selasih - 9
15. SK Bukit Rahman Putra - 9
16. SK Taman Seri Gombak 2 - 8
17. SK Batu Arang - 8
18. SK Rawang - 8
19. SK Bandar Baru Selayang - 7
20. SK Taman Desa 2 - 7
21. SK Taman Setia - 7
22. SK Gombak ( 1 ) - 4
23. SK Taman Ehsan - 4
24. SK Bandar Baru Selayang ( 2 ) - 2

Sekolah Jemputan .

Wilayah Persekutuan Putrajaya
1. SK Putrajaya Presint 9 (1)
2. SK Putrajaya Presint 11 (1)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1. SJK(C) Jinjang Utara
Daerah Sepang

1. SK Kota Warisan
Daerah Hulu Langat
1. SK Bandar Baru Batang Kali
2. SK Serendah
3. SK Taman Bunga Raya (1)
4. SK Sungai Buaya
5. SK Seri Kledang

Sunday, July 20, 2008

Kunjungan ASC Pahang ke Korobori Gombak


PPM Gombak menerima kunjungan Pengakap Pahang ke KOROBORI Gombak 2008. Yang hadir ialah ASC Pahang bersama ADC Temerloh.

KOROBORI GOMBAK 2008




Hari ini masuk hari ketiga. Semuanya berjalan dengan lancar. Jumlah peserta daripada PPM Gombak dan jemputan berjumlah 426 orang. Pemimpin +- 60 orang Jumlah urusetia dan petugas +-80 orang. Jumlah keseluruhan yang terlibat adalah dianggarkan 566 orang. Satu kejayaan yang besar kepada kami. Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat.

Thursday, July 17, 2008

Esok jUMAAT, 18hb JULAI 2008 " HARI KOROBORI"

Salam Korobori... Esok adalah hari kita semua warga Pengakap GOMBAK. Sama-samalah kita jayakannya demi Pengakap. Marilah kita bersatu tenaga, bersatu hati, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hati kumah sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

Sama-samalah kita panjatkan DOA ke hadrat Ilahi, supaya sepanjang perjalanan korobori, cuaca cerah, terang benderang.

Kita mulakan dengan BISMILLAH dan kita akhiri nanti dengan ALHAMDULILLAH. Semoga semuanya selamat. Ayuhlah kawan-kawan.

Kelana F Gombak


Tapi ada sesat sorang tu..., tak kena mabuk darat ke......

Wednesday, July 16, 2008

Kelana Laut Gombak





Ekspedisi Kelana laut Gombak ke TLDM Lumut 2007. Untuk melihat lebih banyak gambar sila ke http://www.flickr.com/photos/26558321@N08/2485230089/

Tuesday, July 15, 2008

Maklumat Terkini Jambori Antarabangsa Johor


JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24
15 HINGGA 20 NOVEMBER 2008
KEM JUBLI INTAN, TANJONG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR

Lawat ke blog http://johorscoutrover.blogspot.com

Friday, July 11, 2008

Coretan DC untuk "Tujuh Hari Lagi....."

Tinggal hanya 7 hari saja lagi, program yang dirancangkan akan terlaksana. Lepas tu baru boleh rasa lega. Tapi PPM Gombak tak mudah mengalah. Kata-kata Tuan ASC Azkiah akan dibuktikan. Ayuh semua kawan-kawan teruskan perjuangan, jangan ada persengketaan antara kita. Sudah dua tahun saya merancang, KEMPORI 2007 dan KOROBORI 2008. Semuanya bagi saya adalah satu kejayaan sejak menerajui PPM Gombak mulai 2006. Saya terharu dengan kesediaan Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Gombak untuk menyediakan Kertas Kerja KEMPORI 2009. ( Boleh le saya lepas tangan untuk program 2009 nanti... ) Itulah warga Gombak, yang ini belum habis dah merancang untuk tahun depan. Tahun depan merupakan tahun akhir penggal kedua saya jadi DC ( 2006/07; 2008/09 ), rasa-rasanya tak nak sambung lagi dah... pelapis yang ada sekarang dah mantap, jadi kita buatlah sesuatu yang "Grand" untuk tahun 2009.

Berbalik pada cerita KOROBORI 2008, saya berpuashati dengan promosi yang dibuat, lebih meluas untuk tahun ini berbanding KEMPORI 2007, dari utara hingga ke selatan dan dari barat ke timur. Itulah kelebihan dan kecanggihan teknologi ICT yang telah kita PPM Gombak ketengahkan. PPM Gombak sudah dikenali oleh banyak ahli Pengakap di segenap pelusuk tanah air. Syabas untuk semua!

Tahun ini kita akan menyaksikan penyertaan dari WP Putrajaya, dan beberapa Daerah PPM yang lain. Jadi untuk semua petugas, kita buatlah yang terbaik. Kita yakin kita boleh, yang penting kita sentiasa bersatu dari pihak pengurusan, pemimpin dan kelana. Di sini saya ingin melahirkan rasa bangga dan terharu atas "komitmen" yang diberikan oleh pasukan Kelana Gombak dalam setiap aktiviti yang dirancangkan.

Sekian, jumpa lagi. JOM kita GEGAR Kem Lembah Genting nanti....

Monday, July 7, 2008

Kursus Manikayu Modul B ( PM/PR )



Kursus Manikayu Modul B untuk unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja telah diadakan pada 4 - 6 Julai 2008, bertempat di SMK Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang.

Lencana Khas


Ini pula lencana khas edisi terhad cuma ada 100 keping sahaja. Sempena sambutan 100 tahun pengakap Malaysia. Akan dijual semasa korobori nanti. Harganya pula mestilah istimewa. Siapa cepat dia dapat.

Lencana Korobori dah tempah



Inilah rupa lencana korobori kita pada kali ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Korobori ( * Baru )

Tarikh : 13 Julai 2008

Hari : AHAD

Masa : 3.00 petang

Tempat : Kem Lembah Genting, Hulu Yam.

Kehadiran : Wajib

Friday, July 4, 2008

UCAPAN TAKZIAH



Seluruh warga PPM Gombak mengucapkan salam takziah kepada keluarga Alllahyarham Dato' Seri Yang Rashidi
bin Ma'asom, S.P.M.P., D.P.M.P., J.S.M., A.S.D.K., A.M.N., P.J.K., A.D.K.
( mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - 1990 hingga 2002 ) yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.30 pagi 3hb. Julai 2008. Allahyarham juga merupakan salah seorang pembesar negeri Perak iaitu Orang Besar Enam Belas yang bergelar Y.D.H Toh Maharaja Indera
AL-FATIHAH
Semoga Allah memberkati segala sumbangan Allahyarham kepada Pengakap sepanjang hidup Allahyarham.

Wednesday, July 2, 2008

ADC Kelana

Dimaklumkan bahawa Saudara Hairul Azhar bin Said ( ATAN ) dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak bahagian Tugas-tugas Khas - Unit Kelana untuk tahun 2008/2009.
Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas ini.

Sekian dimaklumkan,

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak.

S.C.O.U.T


S - Skill

C - Clever

O - Outstanding

U - Unique

T - Talent