PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Thursday, May 29, 2008

Selesai Sudah Kempori Selangor...

Apa macam dengan Kempori Selangor? Yang pasti semuanya dah selesai, kepada semua peserta dari GOMBAK diucapkan tahniah dan syabas. Buat semua para petugas diucapkan berbanyak terima kasih atas komitmen yang diberi. Semoga sumbangan dan jasa bakti kalian semua akan mendapat balasan daripada Allah. Sebarang kelemahan dan kekurangan biarlah habis di situ sahaja, yang penting kita sudah buat yang terbaik dan ikhlas demi semangat pengakap.
Marilah kita tumpukan pula kepada KOROBORI GOMBAK, kita buat yang terbaik, pastinya kita boleh.

Sunday, May 25, 2008

Kempori Negeri Selangor 2008

Tadi Tuan DC kita berkesempatan melawat Kempori Negeri Selangor 2008 bertempat di SK Puncak Alam sebelum berangkat ke Pulau Pangkor atas tugas rasmi di sana. Menurut tuan DC, keadaan cuaca di sana amat panas ditambah lagi berkemah di tengah padang. Tuan DC amat berterima kasih kepada petugas-petugas aktiviti dari PPM Gombak kerana tanpa mereka aktiviti kempori tidak akan berjalan dengan lancar. Demi pengakap mereka akan bertugas dan memberikan yang terbaik walaupun ada masalah dari segi pengurusan. Tahniah! dan Syabas ! buat ADC Rosdi, ADC Murshid, ADC Mohd Zulkifli, ADC Sharwani, PLD Shahrul dan semua ahli kelana yang terlibat.
Tugas ini hanya sebahagian kecil, ada lagi tugas yang lebih besar di KOROBORI GOMBAK 2008.

Apa tanda pengakap.......

Apa tanda pengakap terpuji
Buka kulit tampak isi
Sesuai cakap dengan hati
Sesuai sumpah dengan janji
Sesuai kelakuan dengan pekerti
taat kepada tuhan, raja dan negara
menolong orang pada setiap masa
menurut undang-undang pengakap

Apa tanda pengakap pengakap terbilang
Berterus terang muka belakang
Bersangka baik berdada lapang
Bersangka buruk ia pantang
Lidahnya boleh dipegang
Amanahnya boleh disandang

Apa tanda pengakap bermaruah
Hidup matinya memegang amanah
Taat setia memegang sumpah
Menunaikan janji tahan dilapah
Petuah dijunjung amanah disandang
Adil dan benar dijadikan tiang
Janji ditunai sumpah disandang

*Petikan daripada kertas kerja " Budaya Dalam Kepengakapan"
oleh Dato' Haji Kaharudin bin Momin

Saturday, May 24, 2008

Program Gerak Pendaftaran Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Gombak/ Hulu Selangor 2008

Hari ini bersamaan 24hb Mei 2008 bertempat di Perangsang Templer Golf Club, Rawang telah berlangsung satu majlis penerangan berkenaan pendaftaran pertubuhan belia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak.
Majlis penerangan disampaikan oleh Tuan Haji Rosli Saad. Initipatinya ialah semua pertubuhan belia yang sudah berdaftar di bawah akta pertubuhan perlu didaftarkan semula di bawah akta belia melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Tempoh pendaftaran semula ialah dari Disember 2007 hingga Disember 2008. Maklumat lanjut boleh didapati dari http://roy.kbs.gov.my
Walaubagaimanapun pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta parlimen adalah terkecuali, iaitu Pengakap, Pandu Puteri, PBSM dan St John Ambulans.
PPM Gombak diwakili oleh Tuan DC, En. Ibrahim Yaacob dan bendahari kehormat En. Sifly Saari.

Thursday, May 22, 2008

Wednesday, May 21, 2008

Maklumat Korobori Gombak 2008

Dapatkan maklumat KOROBORI dan borang penyertaan anda. Hubungi pemimpin anda untuk keterangan lanjut. >> Klik pada ruangan "Download Bahan".
TQ.

Cadangan Aktiviti KOROBORI GOMBAK 2008

A - CABARAN
  • Berbasikal
  • Merentas halangan
  • Jungle Tracking
  • Merentas Sungai
  • Flying Fox

B - KEMAHIRAN

1. Ilmu Pengakap

  • Persaetiaan/Undang-undang Pengakap
  • Simpulan dan Ikatan
  • Bantu mula
  • Menghidupkan api

2. Permainan Rakyat

  • Batu Seremban
  • Melastik
  • Lam Patung
  • Galah Panjang
  • Gelang Getah
  • Gasing

3. Kraf Tangan

  • Layang-layang
  • Kelarai
  • Pek Berukir
  • Trumpet daun kelapa

4. Kenegaraan

  • Bendera
  • Rukun negara
  • Nama Pemimpin negara
  • Nilai murni
  • Lagu kebangsaan / negeri
  • Azan
  • Bacaan surah

C - UMUM

  • Ceramah
  • Pameran
  • Lawatan
  • Khidmat Masyarakat
  • Pencinta Alam

D - PERTANDINGAN

  • Kuiz
  • Karoake
  • Kebudayaan
  • Kawat

* Tertakluk kepada perubahan

Tuesday, May 20, 2008

Menjelang KOROBORI

PPM Daerah Gombak sememangnya sudah berpengalaman menganjurkan perkhemahan besar seperti ini, walaupun dalam kategori yang berbeza. Kejayaan besar ialah pada Kempori tahun 2007, dimana perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Dr Haji Shafei bin Haji Mohd Salleh, turut hadir pada masa itu ialah mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kol. Prof Dato' Dr Haji Kamarudin bin Haji Khacar.

Sejarah penganjuran kempori bermula pada tahun 1996, 2000, 2005 dan 2007.

Kini PPM Daerah Gombak akan menganjurkan pula KOROBORI. Sama-samalah kita berdoa semoga KOROBORI ini dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancangkan.

Lencana Anugerah





Lencana Anugerah (sample 1)

Lencana Korobori

lencana korobori gombak 2008 ( sample 1 )

Monday, May 19, 2008

KEMPORI PENGAKAP NEGERI SELANGOR 2008

PPM Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor akan mengadakan Kempori Pengakap Negeri Selangor 2008 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 24 - 27 Mei 2008

Tempat : SK Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Selamat berkempori kepada peserta yang terpilih.

Saturday, May 17, 2008

Perkongsian Maklumat II

Saudara/i pengakap sekalian,
Bertemu sekali lagi dalam bicara ini. Dalam pencarian saya (search) tentang laman-laman web pengakap, tak banyak yang saya temui. Maksud saya ialah laman web yang aktif dan sentiasa dikemas kini. Masih banyak PPM Negeri yang tidak mempunyai laman web rasmi atau sekurang-kurangnya laman blog. Sedangkan ahli-ahli pengakap di seluruh negara amat memerlukan maklumat daripada negeri-negeri. Kalau negeripun tidak ada, apa lagi dengan PPM Daerah. Justeru itu marilah kita bangkit dan bergerak aktif dalam era teknologi maklumat ini.
Bagi saya, yang paling mudah ialah kita membangunkan laman blog, ianya percuma dan mudah untuk diselenggarakan. Banyak perkhidmatan blog percuma yang disediakan, seperti, blogger.com (Blogspot), wordpress, t-blog, dan juga blogdrive.
Sepatutnnya kita jadikan leman web blog ini sebagai alat untuk kita menyalurkan pelbagai maklumat pengakap untuk dikongsi oleh semua ahli pengakap di semua peringkat.
>> bersambung

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

Esok, tanggal 16hb Mei 2008 adalah Hari Guru. Seluruh warga PPM Daerah Gombak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua kuasa penganjur, pemimpin dan penolong pemimpin di seluruh kumpulan pengakap yang berada di dalam daerah Gombak.
" SELAMAT HARI GURU "

Berita Terkini

Bersyukurlah masalah PPM dah selesai. Semua aktiviti yang tertangguh dah boleh dijalankan seperti biasa. Ibu Pejabat PPM pula akan dibuka seperti biasa pada hari Selasa, 20hb. Mei ini.
Berita diterima daripada orang ibu pejabat pada pukul 2:58 pm., manakala daripada PPM Selangor pada pukul 3:24 pm.
Sekian, untuk makluman semua warga pengakap.

Wednesday, May 14, 2008

KOROBORI GOMBAK 2008

PPM Daerah Gombak dengan kerjasama PPD Gombak dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak bercadang untuk mengadakan KOROBORI GOMBAK 2008. Program ini masih diperingkat perbincangan. Tarikh yang dicadangkan ialah pada 18 - 21 Julai 2008. Manakala tempatnya pula ialah di Kem Lembah Genting, Hulu Yam, Selangor. Program ini mensasarkan penyertaan pengakap kanak-kanak antara 800 - 1000 orang.
PPM Daerah Gombak mengharapkan program ini akan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita tunggu, perkembangannya.

Monday, May 12, 2008

Kursus Ketua Patrol 2008

Kursus Ketua Patrol telah diadakan pada 10 hingga 11 Mei 2008 yang lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest, Taman Sri Gombak. Seramai lebih kurang 110 orang peserta dari 14 buah sekolah telah mengambil bahagian. Kursus ini diketuai oleh En. Arulnathan, ADC Sumber Dewasa dan Latihan, dan turut dibantu oleh beberapa orang Pasukan Latihan Daerah dan juga beberapa orang dari Pengakap Kelana Gombak.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah, penyediaan buku log dan kembara.

Thursday, May 8, 2008

Perkongsian Maklumat I

Kita sekarang berada dalam era globalisasi tanpa sempadan. Penyebaran maklumat kini berada dihujung jari. Perkongsian pintar membawa kita ke mana-mana sahaja di alam siber ini. Justeru itu, adalah wajar bagi kita ahli-ahli pengakap bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. E-Mail sepatutnya sudah tidak asing lagi bagi kita. Ia merupakan cara mudah bagi kita untuk berkomunikasi tanpa perlu lagi ke pejabat pos untuk mengirim surat.
Dunia berubah lagi !!! Kini penggunaan blog begitu ketara sekali. Ahli-ahli politik menjadikannya sebagai medan untuk berkempen dan memberi pendapat. Ahli-ahli perniagaan menjadikan sebagai punca pendapatan, manakala ahli sasterawan pula menjadikannya sebagai medan untuk berkarya. Itu sekadar contoh penggunaan blog dewasa ini.
Anak-anak muda lebih gemar menggunakan laman friendster untuk berkomunikasi. Ada yang memilih laman freeweb untuk membina laman web. Tepuk dada tanyalah selera, pilihan berada di depan kita. Apa yang penting kita harus bergerak seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi untuk kita tidak ketinggalan jauh di belakang. >>> bersambung

Saturday, May 3, 2008

03 MEI 2008




Pasukan Pengakap Kelana Gombak seramai 25 orang menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan. Ekspedisi ini turut disertai oleh ADC Sharwani, ADC Sahrom dan Pen. Setiausaha Kehormat En. Shahrul Nizam. Majlis penyerahan bendera PPM Gombak disempurnakan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah di SK Sungai Pusu.

Pada masa dan tempat yang sama diadakan Pertandingan Kawat Kaki Unit Beruniform ( sek. rendah ) anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Pasukan pengakap disertai oleh 4 pasukan.