PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Sunday, June 29, 2008

KOROBORI oh KOROBORI

Mesyuarat dengan AJK sudah buat,
dengan pemimpinpun sudah buat,
surat jemputan dan edaran sudah hantar,
surat ke PPM Daerah lain pun dah hantar,
surat jemputan perasmi juga dah hantar,
sekarang....

tunggu maklum balas je lah...
risau juga ni...
masa dah dekat....
harap petugas dah bersedia,
ramai atau sedikit tak taulah....
Korobori mesti jadi.

Monday, June 23, 2008

Mesyuarat Pemimpin PKK ( untuk Korobori )

Mesyuarat Pemimpin PKK akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh        :         26hb Jun 2008

Hari            :         Khamis

Masa          :         9.00 pagi

Tempat     :          SK Sungai Buloh

p/S: Surat pelepasan untuk PLD sudah keluar

Thursday, June 19, 2008

Pelan ke lokasi dan tapak Kem Lembah Genting







Kem Lembah Genting merupakan sebuah kem rekreasi, perkhemahan dan latihan milik bumiputra yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor. Diuruskan oleh individu-individu berpengalaman, kem ini menawarkan pelbagai kombinasi aktiviti luaran dan dalaman seperti Jungle Trekking/Survival, Night Trekking, Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Hari Keluarga, dan sebagainya.
Kem Lembah Genting juga dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi yang menghijau serta aliran sungai yang jernih. Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar, bunyi bising kenderaan serta pencemaran menjadikan kem ini sebagai kawasan rekreasi ideal untuk mereka yang menginginkan kedamaian.

Dengan segala kemudahan indoor dan outdoor yang disediakan di sini, Kem Lembah Genting merupakan pilihan yang paling tepat dan professional untuk anda mengadakan program dan aktiviti anda.


Sunday, June 15, 2008

Rumah B.P @ B.P House


Inilah persekitaran Rumah B.P pada 14hb Jun 2008. Kelihatan sepi kerana "tidak berpenghuni". Bilakah masalah akan selesai? Kelihatan satu banner besar yang menyatakan perayaan atau sambutan 100 tahun pengakap Malaysia ( 1908 - 2008 ).

Hari Bapa


Warga Pengakap Gombak mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada semua kaum Bapa di seluruh negara, teristimewa buat bapa-bapa yang menjadi pemimpin/ ahli pengakap. Hari ini 15hb Jun 2008 ( Hari Ahad ketiga bulan Jun )ialah Hari Bapa bagi kebanyakan negara termasuk MALAYSIA.

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Wednesday, June 11, 2008

Kursus Manikayu Modul B ( Unit PM/PR )

PPM Daerah Gombak akan menganjurkan Kursus kepimpinan Manikayu Modul B untuk unit PM dan PR mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 4 - 6 Julai 2008

Pendaftaran : 2.30 petang 4 Julai 008

Tempat : SMK Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang.

Bayaran : RM 50.00

Kepada yang berminat sila berhubung dengan ADC Latihan dan Sumber Dewasa En. Arulnathan di talian 012-3843137

Lencana Khas PPM Gombak


PPM Gombak akan mengeluarkan satu Lencana Khas PPM Daerah Gombak sempena 100 Tahun Pengakap Malaysia. Lencana ini akan dijual semasa KOROBORI GOMBAK nanti. Stok TERHAD, siapa cepat dia dapat.

Mesyuarat Jawatankuasa Korobori 2008



Daripada keputusan mesyuarat, beberapa persetujuan telah dicapai.

1. Persetujuan tarikh dan tempat - bayaran
deposit tempat akan dibayar hari ini.
2. Surat ke sekolah-sekolah dalam daerah
Gombak akan dikeluarkan segera pada
minggu ini.
3. Surat jemputan penyertaan untuk luar
daerah Gombak akan dibuat melalui
Pesuruhjaya Daerah masing-masing pada minggu depan.
4. Surat jemputan untuk luar Selangor akan dihantar terus ke sekolah berkenaan.
5. Pengubahsuaian pada lencana korobori dan lencana anugerah.
6. Mesyuarat untuk pemimpin-pemimpin kumpulan dalam daerah Gombak akan dibuat pada 26
Jun 2008 di SK Sungai Buluh.

Monday, June 9, 2008

Lagu Rasmi Korobori Gombak 2008

Gemilang Korobori

Nukilan : Sahrom Jaafar


Bergema bergema
Di rimba di angkasa
Keseluruh pelusuk benua
Laungan semangat
Anak bangsa

Tingkatkan pengetahuan
Luaskan pengalaman
Pengakap cemerlang
Generasi gemilang
gemilang ........

c/o
Di sini titik mula
Bersemangat waja
Korobori jayakan bersama
Bersatulah semua

Sunday, June 8, 2008

Daulat Tuanku


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Penaung Agong Persekutuan Pengakap Malaysia


Thursday, June 5, 2008

Korobori Gombak 2008 - Sample Lencana oleh Badge House

Salam Korobori..,
Sample lencana ini telah dibuat oleh Badge House.
Terima Kasih.

Monday, June 2, 2008

Mesyuarat Korobori Gombak

Mesyuarat AJK Pelaksana Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak Daerah Gombak ( KOROBORI GOMBAK ) Tahun 2008 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :


Tarikh : 11 Jun 2008 / Rabu

Masa : 9.00 pagi

Tempat : SK Hulu Kelang

Kehadiran : Semua Ahli PLD

Pakaian : Uniform Pengakap

Tahniah buat Pn. Noor Sofiah


Tahniah !!! buat Puan Noor Sofiah yang telah bertukar secara rasmi ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak pada 26hb Mei 2008. Selamat bertugas di tempat baru dan diharap dapat meneruskan tugas dalam pengakap walau di mana berada. Pn. Noor Sofiah ialah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak ( Biro Wanita ).

Sunday, June 1, 2008

Seratus Tahun Pengakap Malaysia




Tahun 2008 menyaksikan genap 100 tahun usia pergerakan Pengakap negara kita Malaysia. Pergerakan pengakap mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1908 di mana dipercayai Trup YMCA merupakan trup yang pertama ditubuhkan oleh En. G. H Goh seorang peguam bela.