PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Sunday, August 31, 2008

Lencana Jambori Sempadan 2008

Ihsan dari 'Izzat Najmi SMK Sungai Pusu

Saturday, August 30, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51 perlu dihayati oleh kita semua, terutamanya buat semua warga Pengakap yang bernaung di bawah PPM Gombak. Perpaduan harus kita pupuk dan pelihara demi untuk menjamin kemantapan pergerakan yang kita sayangi ini. "Bersatu" kita akan teguh dan "Bercerai" kita akan roboh. Kita di dalam pergerakan pengakap tidak harus mementingkan diri dan kumpulan kita sahaja, kita harus berkerjasama dan tolong-menolong dalam setiap pekerjaan kita, kita sepatutnya tidak ada rasa iri hati, sakit hati, cemburu, hasad dengki antara satu sama lain. Kita adalah satu keluarga yang besar, yang dikepalai oleh tuan DC kita. Rasa hormat-menghormati antara satu sama lain harus ada dalam diri kita, yang muda hormat pada yang tua, yang dipimpin hormat kepada yang memimpin, barulah kita akan berjaya. Begitu juga perpaduan antara kaum, Melayu, Cina, India dan lain-lain, harus ada perasaan hormat-menghormati, mempercayai antara satu sama lain. Dalam PPM Gombak, ahli-ahli dan pemimpin pengakap terdiri daripada tiga kaum utama ini. Setakat ini tidak ada masalah di kalangan kita, kita boleh bekerjasama antara satu sama lain. Harapan kita, keadaan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Sekian,
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-51

Tuesday, August 26, 2008

PPM Gombak di Sinar Harian


Petikan keratan Akhbar Sinar Harian, Isnin 25 Ogos 2008, edisi Selangor muka surat S4.

Tahniah !!! kepada semua yabg terlibat

Sijil Lulus Ujian Lencana


PPM Daerah Gombak ada mengeluarkan Sijil Lulus Ujian Lencana. Sesuai untuk semua peringkat PKK, PM, PR dan juga PK. Dapatkan sijil tersebut daripada Tuan DC, harga yang dikenakan adalah berpatutan ( untuk membantu menambahkan tabung PPM Gombak).

Saturday, August 23, 2008

Perjalanan Bermula





Peserta-peserta Kembara/Konvoi Merdeka Pengakap Kelana Gombak 2008 dilepaskan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak, En. Ibrahim bin Yaacob di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu pada pukul 10.00 pagi.

Thursday, August 21, 2008

Majlis Penganugerahan Pingat dan Sijil PPM Selangor 2008

Penerima-penerima dari Gombak yang hadir

Majlis Penganugerahan Pingat dan Sijil Persekutuan Pengakap Malaysia untuk penerima-penerima tahun 2007 bagi negeri Selangor telah diadakan pada jam 2.00, 20082008 di bangunan Pejabat Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak Mohd Jonid. Tahniah !!!

Tahniah juga buat En. Mohd Alwan Ginen @ mantan DC Gombak merangkap Pengerusi Pengakap Sekolah Rendah PPD Gombak @ ASC Selangor, @ Ahli Majlis Pengakap Daerah Gombak, atas pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)


Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Selangor


Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Selangor telah diadakan pada jam 4.00 petang 20082008 di Bangunan Pejabat Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Jawatankuasa Majlis 2008/2010 terdiri daripada :

1. Pengerusi : YB Dato' Dr. Zainal Abidin bin Hj Ahmad
2. Setiausaha Kehormat : Tuan Haji Mohd Mujab bin Sukaimi
3. Bendahari Kehormat : Tuan Haji Ahmad Rathi bin Abdul Rashid


Saturday, August 16, 2008

Jambori Sempadan Thai-Malaysia

Sebahagian daripada peserta sedang mendengar taklimat
Para peserta sedang mengisi beg dalam bas sebelum bertolak ke Pulau Pinang

" The 4th Thai-Malaysian Border Scouts Jamboree 2008" akan diadakan di Songkla, Thailand pada 23 hingga 28 Ogos ini. Dijangkakan 500 orang ahli pengakap dari Malaysia akan menyertai jambori tersebut.
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah menghantar 5 orang peserta yang terdiri daripada :
1. Muhammad Annas bin Salehuddin - Ahli Pengakap SMK Bukit Rahman Putra
2. Izzat Najmi bin Ibrahim - Ahli Pengakap SMK Sungai Pusu
3. Syahhime bin Mulop - Ahli St. John Ambulans SMK Gombak Setia
4. Fatin Hanani bt Ramli - Ahli PBSM SMK Ideal Heights
5. Raja Nor Khairuunisah bt Raja Abd Manaf - Ahli Pandu Puteri SMK Taman Selayang

Pemimpin Pengakap yang mewakili PPM Selangor ialah :
1. En. Rosdi Musa ( PPM Gombak)
2. En. Latif Hamzah ( PPM Hulu Langat )
3. En. Ramli Bayok ( PPM Sungai Besar )



Tahniah !!! kepada semua yang terlibat

Thursday, August 14, 2008

Selamat kembali @ Welcome

PPM Gombak, khususnya PLD Gombak mengucapkan selamat kembali kepada saudara Mohd Faizal bin Merzuki ke pangkuan PPM Gombak@PLD Gombak setelah berehat buat sekian lama. Diharap dapat kembali menyambung tugas sebagai...... ( akan diumumkan kemudian ).

Tugas pertama diberi ialah dalam Perkhemahan Ujian Kenaikan Lencana Keris Perak dan Emas PKK Daerah Gombak.

Program : Perkhemahan Ujian Kenaikan Lencana Keris Perak dan Emas PKK Daerah Gombak
Anjuran : PPD Gombak
Tarikh : 13 - 14 Ogos 2008
Tempat : Kem Belia Bukit Lagong
Penyertaan : 114 orang PKK

Tuesday, August 12, 2008

Kembara Merdeka Kelana Gombak

konvoi bermula dari 23 - 24hb ogos 2008..bertolak Gombak ke hulu selangor & terus kg sg tengi..kite akan disambut oleh penduduk kg & beberapa xtiviti beramah mesra dgn org kg & berkhemah di sana..keesokan harinya kita akan teruskan konvoi melalui kuala selangor & akan berakhir di gombak...sesiapa yg berminat utk memeriahkan konvoi merdeka ni boleh terus menghubungi - 012-3331951 (en Atan @ Hairul Azhar - ADC Kelana) selewat2nya 18/08/08.

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

  • 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
  • 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
  • Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


Monday, August 4, 2008

Ahli EXCO PPM - Ibu Pejabat

KETUA PENGAKAP NEGARA
YBHG DATO’ SERI DR. HJ.SHAFIE BIN HJ MOHD SALLEH
NAIB YANG DIPERTUA
YBHG TAN SRI DATUK MUSTAPHA KAMAL BIN HAJI ABU BAKAR
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
YBHG DATO’ HAJI KAHARUDIN BIN MOMIN
KETUA SETIAUSAHA EKSEKUTIF
ENCIK MOHD ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN
BENDAHARI KEHORMAT
YBHG DATUK HAJI AZIZ JAMALUDIN BIN MHD TAHIR
PESURUHJAYA ANTARABANGSA
DR MOHAMMED MUKHYUDDIN BIN SARWANI
PESURUHJAYA LATIHAN NEGARA
TUAN HAJI ABDUL SHUKOR BIN MOHSIN
PKPPN ( PROGRAM )
TUAN HAJI MOHD ZULKIFLI BIN DATO’ HAJI MAULUD
PKPPN ( PEMBANGUNAAN KEPENGAKAPAN )
ENCIK NASARUDDIN BIN SHAMSUDDIN
PKPPN ( BIRO WANITA )
PUAN HAJJAH JURIAH BIN SHARUDIN
PKPPN ( BENCANA ALAM DAN KESIHATAN )
YBHG BRIG.JEN. DATO’ DR. MOHD ZIN BIN BIDIN
PKPPN ( PENERBITAN )
TUAN HAJI OTHMAN BIN HAJI MD DRUS
PKPPN ( PENASIHAT LATIHAN DAN PROGRAM )
ENCIK YEOH SENG CHOON
PKPPN ( SUMBER DEWASA – SELATAN )
TUAN HAJI RADZWAN BIN HUSSAIN
PKPPN ( TUGAS-TUGAS KHAS )
ENCIK ERIC KHOO HENG-PENG
PKPPN ( SUMBER DEWASA – UTARA )
KOSONG
PENOLONG PESURUHJAYA ANTARABANGSA – SARAWAK
ENCIK GEOFFREY TEO YONG LUAN
WAKIL KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
CIK FADILLAH BINTI AHMAD – BAHAGIAN BELIA
WAKIL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TUAN HAJI AYOB BIN IBRAHIM
WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUAN CHE NAZLI – BAHAGIAN BELANJAWAN DAN PERBENDAHARAAN
WAKIL PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
YBHG DATIN ZALILAH BT MOHD TAIB – KETUA PESURUHJAYA PPPM
AHLI-AHLI YANG DIPILIH
1. YB DATO’ DR MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
2. ENCIK ISMAIL BIN RAMLI
3. YBHG DR JUNAIDY BIN ABD WAHAB

Friday, August 1, 2008

Hari Pengakap Sedunia ~ 01 Ogos

Kepada semua warga pengakap seantero dunia, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak, mengucapkan selamat menyambut Hari Pengakap Sedunia.

Saya selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang diamanahkan untuk memimpin pergerakan pengakap di daerah Gombak, menyeru seluruh warga Pengakap Daerah Gombak bersatupadu dan bekerjasama untuk memajukan pengerakan pengakap tanpa jemu dan juga tidak memikirkan soal ganjaran. Biarkan kita berpengakap dengan ikhlas untuk memajukan diri, anak-anak pengakap dari unit PKK, PM, PR, PK dan Pemimpin.

Saya juga menyeru kepada semua ahli pengakap supaya menjaga maruah diri dan nama baik pergerakan yang kita sayangi ini. Baik buruk, cacat cela dan umpat keji terhadap pergerakan kita sebenarnya terletak di atas bahu kita, kita yang menentukannya, jalan mana, laluan mana yang kita mahukan. Biarlah kita pilih jalan yang terbaik ke arah memartabatkan dan memperkasa PENGAKAP GOMBAK.

" Satu Dunia Satu Persetiaan"
" Once a Scout Always a Scout "
" Pengakap Gombak Cemerlang, Generasi Terbilang "

Salam Pengakap.
Ibrahim bin Yaacob
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak@ 2006 - 2009