PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Sunday, March 23, 2008

Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda


Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda telah diadakan pada 21 - 23 Mac 2008 bertempat di Tapak Perkhemahan P2, Ulu Yam. Seramai 144 orang ahli Pengakap Muda telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap kemajuan lencana iatu Usaha, Maju dan Jaya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Abu Samah Bachik, Naib Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Gombak. Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan Pesuruhjaya Daerah, beliau telah mencadangkan Tapak Perkhemahan P2 ini dijadikan pusat aktiviti untuk pengakap muda dan pengakap remaja PPM Daerah Gombak pada masa akan datang. Menurut beliau lagi kawasan ini yang mempunyai ciri-ciri semulajadi memang sesuai dengan keperluan program muda-remaja.

Tuesday, March 18, 2008

Mesyuarat Agung PPM Daerah Gombak

Dimaklumkan bahawa PPM Daerah Gombak akan mengadakan mesyuarat agungnya bagi sesi 2008/2010 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 27hb Mac 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Teratak Singgah, Kompleks Sukan Sri Siantan
Jalan Sungai Tua, Batu Caves.

Wednesday, March 5, 2008

Kursus Kepimpinan Manikayu Induksi

Bagi memenuhi keperluan latihan untuk pemimpin pengakap bagi setiap unit, Kursus Kepimpinan Manikayu Induksi di bawah sistem modular telah diadakan pada 28hb. Februari bertempat di SMK Hillcrest, Taman Seri Gombak, Batu Caves.
Sambungan kepada siri latihan kepimpinan ini iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Modul A akan diadakan pada bulan Mac 2008.
Tahniah dan Syabas kepada semua pemimpin dan ahli kelana yang telah menyempurnakan kuresus tersebut.

Kursus Ketua 6 Sekawan


Seramai 212 orang pengakap kanak-kanak daripada 45 buah sekolah rendah di daerah Gombak telah mengikuti Kursus Ketua 6 Sekawan yang telah diadakan pada 26 - 27hb Februari 2008 di Kem Perah, FRIM Kepong.
Kursus ini diadakan pada setiap tahun bagi melatih ketua-ketua 6 sekawan ke arah melahirkan lebih ramai ahli pengakap kanak-kanak yang berpengetahuan dan mahir dalam aktiviti berpengakap. Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Alwan bin Ginen, Pengerusi Pengakap Sekolah Rendah PPD Gombak, merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor yang juga merupakan Guru Besar SK Hulu kelang.

Thursday, January 17, 2008

Mesyuarat Pemimpin dan PLD Kali 1/2008


Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Gombak Bil. 1/2008, akan diadakan pada 17hb Januari 2008 bertempat di Dewan Mutiara Bestari SMK Sungai Pusu pada pukul 9.00 pagi. Antara agenda utama ialah Pendaftaran tahun 2008 dan juga Perancangan Aktiviti 2008.

Mesyuarat Pasukan Latihan Daerah pula akan diadakan pada hari dan tempat yang sama tetapi akan bermula pada pukul 11.00 pagi, selepas Mesyuarat Pemimpin.

Thursday, December 13, 2007

Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia 2007

Kolokium Pesuruhjaya Pengakap Malaysia 2007 yang telah diadakan selama lima hari pada tanggal 10hb - 14hb Disember 2007, bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Seramai 206 orang peserta telah menyertai kolokium tersebut. Peserta kolokium terdiri daripada Pesuruhjaya Ibupejabat, Negeri dan Daerah, ia juga turut disertai oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Daerah serta ahli-ahli Pengakap Kelana. Peserta kolokium dari daerah Gombak terdiri dari tiga orang iaitu En. Ibrahim bin Yaacob (Pesuruhjaya Daerah), En. Mohd Zulkifli bin Kasim (Penolong Pesuruhjaya Daerah - Kerohanian) dan Pn. Noor Sofiah binti Mohamed (Penolong Pesuruhjaya Daerah - Biro Wanita).
Kolokium dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Shafie bin Mohd Salleh (Ketua Pengakap Negara).
Setiap lapisan digesa supaya dapat meningkatkan lagi keahlian pengakap agar dapat mencapai sejuta ahli menjelang 2010 nanti dan memperkasakan pengakap. Amatlah diharapkan semua Pemimpin Pengakap Daerah Gombak dapat meningkatkan komitmen ke arah mengembeling tenaga dan minda demi memperkasakan pengakap setanding dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Tuesday, October 2, 2007

Kursus kepimpinan Manikayu Modul D Pemimpin Unit

Dimaklumkan bahawa, Pasukan Latihan Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menjalankan Kursus Kepimpinan Manikayu Modul D Pemimpin Unit pada 30hb Oktober hingga 02hb November 2007 bertempat di Kem Hulu Semenyih, Hulu Langat.
Kursus ini merupakan siri terakhir di dalam kursus latihan kepimpinan secara sistem modular.
Adalah dijangkakan seramai lebih daripada 100 orang pemimpin pengakap daripada pelbagai unit akan menghadiri kursus ini. Kursus ini juga terbuka kepada mereka yang telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 4A (amali) bagi semua unit.
Senarai Pegawai Kursus yang terlibat ialah :

Ketua Kursus 1
MOHD ALI B SHAMSUDDIN -SK Gedangsa, Kuala Kubu Bharu
Ketua Kursus 2
NG KWEE HENG -ADC Petaling
Ketua Kursus 3
KOO HONG KIONG -ADC Hulu Langat

Pen. Ketua Kursus
HJ MOKHTAR B ABD GHANI -ASC Selangor
MOHD ARIF B HAIROMAN -SK Puncak Alam, Bandar Puncak Alam
NOOR HASHIM BIN ISMAIL -SK Kuala Pangson, Hulu Langat
HJ AZKIAH B HJ NOR -SK Klang, Klang
HAJAH NOORSILA BT HJ ISHAK -SMK(P) Kapar, Klang
ADAM SUKARNO B HJ MANSOR -JPN Selangor
MOHD FADZIL B MOHD YUSOF -ADC Kuala Selangor
MUADDIB B MASNAN -SK Desa Baiduri, Cheras
ZURAIMI B AHMAD ZAWAWI -SK Sungai Pelong, Gombak

Pembimbing
LATIF B HAMZAH -Pusat Kokurikulum, JPN Selangor
RAMLI B BAYOK -SK Sungai Limau , Sungai Besar
MOHD RAFI B HASHIM -SR Sri Kuala Lumpur
LIAN HUA MIN -SMK Methodist, Sungai Manggis
ROSLI B HASHIM -PPD Hulu Langat
YUSSRI B ABDULLAH -SJK(C) Sepang, Sepang
JAMALI B JARUTI -SMK Yoke Kuan, Sekinchan
SHAH KHAIRUDDIN B ABD MAJID -SK Sultan Abdul Aziz, Batang Berjuntai
KHAIRUZAMAN B ISHAK -SK Padang Jaya, Shah Alam
YAZI B MOHD KAHAIRAN -SK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi

Urusetia
FAUSIAH BT HARUN -SMK Jalan Reko, Kajang
Urusetia/Bendahari
NASARUDDIN B BUJANG -SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi

QM Alatan
SYED NORZALMAN B SYED YUSOF -SK Kajang Utama, Kajang
AMRAN B MOHD LATEH -SK Taman Puteri, Cheras

QM Makanan
ABDULLAH SANI B ABD KARIM -SMK Abdul Jalil, Hulu Langat
IBRAHIM B YAACOB -SMK Sungai Pusu, Gombak

Monday, October 1, 2007

Pembukaan Blog PPM Gombak

Hari ini dengan rasminya Blog PPM Gombak didaftarkan. Tujuan pendaftaran blog ini ialah untuk menjadikannya satu saluran komunikasi maklumat dalam era globalisasi ini antara kumpulan-kumpulan pengakap yang ada di Daerah Gombak. Melalui blog ini, pelbagai berita dapat disalurkan dengan cepat kepada semua ahli-ahli pengakap di Daerah Gombak khasnya dan juga di negeri Selangor serta di seluruh negara amnya.

Selain itu, berita-berita dan aktiviti di kumpulan juga dapat dikongsi bersama. Sebarang berita boleh disampaikan kepada webmaster blog melalui email ppmgombak@yahoo.com.my