PPM DAERAH GOMBAK " Pengakap Cemerlang Generasi Gemilang "

Pentadbiran PPM Daerah Gombak






Pengerusi : Datuk Dr. Rahman Ismail, DMSM,PJK
Naib Pengerusi : Tuan Hj Abu Samah Bachik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah :
En. Ibrahim Yaacob, PPB (019-3886465)

Setiausaha Kehormat :
En. Hafiz Che Mat, PPB (012-6979484)
Pen. Setiausaha Kehormat : En.Shahrul Nizam Arifin, PPB (012-2649011)
Pegawai Teknik (Menengah) :
En. Rosdi Musa, PPB (012-3556732)

Pegawai Teknik (Rendah) / Bendahari Kehormat :
En. Sifly Saari, PPB (012-3571455)

Alamat Perhubungan :
d/a SMK Sungai Pusu, KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

E-Mail : ppmgombak@gmail.com, ppmgombak@yahoo.com.my ; Fax : 03-61871512 (smk sg pusu )





Saturday, August 30, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51 perlu dihayati oleh kita semua, terutamanya buat semua warga Pengakap yang bernaung di bawah PPM Gombak. Perpaduan harus kita pupuk dan pelihara demi untuk menjamin kemantapan pergerakan yang kita sayangi ini. "Bersatu" kita akan teguh dan "Bercerai" kita akan roboh. Kita di dalam pergerakan pengakap tidak harus mementingkan diri dan kumpulan kita sahaja, kita harus berkerjasama dan tolong-menolong dalam setiap pekerjaan kita, kita sepatutnya tidak ada rasa iri hati, sakit hati, cemburu, hasad dengki antara satu sama lain. Kita adalah satu keluarga yang besar, yang dikepalai oleh tuan DC kita. Rasa hormat-menghormati antara satu sama lain harus ada dalam diri kita, yang muda hormat pada yang tua, yang dipimpin hormat kepada yang memimpin, barulah kita akan berjaya. Begitu juga perpaduan antara kaum, Melayu, Cina, India dan lain-lain, harus ada perasaan hormat-menghormati, mempercayai antara satu sama lain. Dalam PPM Gombak, ahli-ahli dan pemimpin pengakap terdiri daripada tiga kaum utama ini. Setakat ini tidak ada masalah di kalangan kita, kita boleh bekerjasama antara satu sama lain. Harapan kita, keadaan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Sekian,
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-51

No comments: